Setiap agensi mempunyai matlamat, tanggapan, orientasi, keutamaan dan kemampuan orang yang berbeza-beza khasnya dalam penggunaan bahasa pengantar, kurikulum, latihan ikhtisas, kelayakan akademik cikgu, gaji guru, penempatan murid dan kemudahan seperti kemudahan asas.
Objektif juga berbeza bagi setiap agensi dan ditentukan oleh agensi yang mengendalikan prasekolah tersebut. Latihan guru dan pendekatan pengajaran juga ditentukan oleh agensi masing-masing. Antara pendekatan pengajaran yang terdapat di Malaysia adalah seperti Montessori, Glenn Doman, Science-based dan sebagainya.
Segala perbelanjaan guru seperti gaji huru adalah dibiayai oleh kerajaan bagi prasekolah yang berada di bawah kerajaan, manakal wang untuk alatan pengajaran dan pembelajaran diambil daripada yuran prasekolah yang berbeza antara sekolah.
Lokasi prasekolah amat berbeza antara prasekolah yang berada di bandar dengan luar bandar. Prasekolah yang berada di bandar lebih memberikan penekanan akademik manakala prasekolah di luar bandar lebih mengutamakan perkembangan sosial dan komuniti ( Saad 1979, Asiah 2001)
Ekoran daripada isu yang dinyatakan:
- 18 Disember 1991 - Mesyuarat Jemaah Menteri dijalankan kemudiannya KPM telah melaksanakan program Prasekolah.
- 27 Januari 1992 - Berlangsungnya mesyuarat antara Kementerian
dan tiada peluasan (Prasekolah Annex)
- Akta Pendidikan 1996 - Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
- 6 Jun 2001 - Mesyuarat Jemaah Menteri, Peluasan program Prasekolah KPM