Rabu, 6 Mac 2013

Kuliah Minggu 3

       Minggu ni merupakan minggu ketiga bagi semester 2 sesi 2012/2013. Subjek Perancangan Program & Strategi Pengajaran dibuat pada setiap hari Isnin pukul 10-1 tengahari bertempat di Pusat Dialog Peradaban, Fakulti Sastera Universiti Malaya oleh Dr Zuraidah. Minggu ini apa yang diajar oleh Dr Zuraidah adalah berkaitan dengan Falsafah & Matlamat Prasekolah, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat Pendidikan Prasekolah, Objektif Pendidikan Prasekolah, Agensi-agensi utama yang terlibat dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dan juga Sejarah Pendidikan Awal- Kanak-kanak sebelum, semasa dan juga selepas negara Malaysia merdeka.


  • Falsafah dan matlamat prasekolah
  • Falsafah Pendidikan Kebangsaan
      Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


  • Matlamat pendidikan prasekolah
   Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.


  • Objektif pendidikan prasekolah

    Kurikulum Standard Prasekolah  Kebangsaan menyediakan peluang kepada kanak-kanak berumur empat (4) hingga enam (6) tahun untuk mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani seperti berikut:
§1.  Membina kecergasan badan.
§2.  Mempunyai tubuh badan yang sihat.
§3.  Mempraktikkan amalan kesihatan yang 
         baik.
§4.  Mempraktikkan langkah-langkah menjaga
        keselamatan diri.
§5.  Menguasai kemahiran motor halus dan
        asas motor kasar.
§6.  Mempunyai kematangan emosi.
§7.  Mempunyai  konsep kendiri yang positif dan jati  
        diri.
§8.  Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
§9.  Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
§10.Boleh bekerja secara bersendirian dan juga
        bekerja secara berkumpulan.

§11. Menghormati perasaan serta hak orang lain
        dan seterusnya membentuk perhubungan 
        yang positif dengan orang dewasa serta
        rakan sebaya.
§12. Mengamalkan nilai murni.
§13. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam
        kehidupan seharian untuk murid beragama
        Islam.
§14. Berkomunikasi menggunakan Bahasa
        Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa   
        pengantar dalam konteks kehidupan harian.



§15. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran
         proses sains asas.
§16. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam
         menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan   
         masalah.
§17. Menggunakan kemahiran berfikir kritis, kreatif
         dan inovatif dalam pembelajaran dan kehidupan
         seharian.
§18. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
§19. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya





Tiada ulasan:

Catat Ulasan