Khamis, 28 Mac 2013

Kuliah Minggu 3 Mengapakah Pendidikan Awal Kanak-kanak penting?

Antara perkara yang dibincangkan pada minggu kuliah yang ketiga adalah mengapakah pendidikan awal kanak-kanak penting?




Soalan yang agak membuatkan kita berfikir. sebagai seorang pelajar yang mengambil bidang pendidikan awal kanak-kanak, seharusnya perkara ini adalah perkara yang paling asas untuk difahami.

Berdasarkan rujukan dari sumber-sumber internet, Pendidikan awal kanak-kanak itu penting kerana pada usia 3 tahun merupakan puncak di mana  kapasiti otak kanak-kanak untuk menyerap pembelajaran baru. Menurut Saintis, otak anak kecil akan membangunkan lebih 100000000000000 (one hundred trillion) sinaps otak.



Sinaps otak adalah "pendawaian" antara dua sel-sel otak yang menyempitkan lagi pembelajaran baru yang diterima oleh kanak-kanak. oleh itu, lebih banyak sinaps otak, lebih banyak otak kita akan belajar. maka, pada masa inilah otak amnusia mempunyai potensi tertinggi untuk pembelajaran baru.






Mempelajari bentuk, melukis, menyanyi dan bermain dengan mainan adalah contoh tingkahlaku yang kanak-kanak akan belajar dalam beberapa tahun pertama kehidupan mereka.

Pada usia ketiga tahun, kanak-kanak seharusnya sudah boleh melakukan banyak perkara, seperti membaling bola menggunakan kedua-dua tangan, makan dengan sendiri, menunggang basikal tiga roda, mengimbangkan satu kaki, membuat bulatan dan menamakan beberapa benda. Pada umur yang keempat tahun, kanak-kanak sepatutnya sudah boleh mengenali nama pertama dan terakhir mereka, mengikut peraturan dalam keluarga, mengenali warna, makan dengan sendirinya, memakai pakaian sendiri dan lain-lain.




Program awal kanak -kanak yang sesuai bukan sahaja membantu otak kanak-kanak untuk berkembang tetapi juga menyumbang kepada pembangunan fizikal, emosi dan sosial.



Terdapat ramai kanak-kanak tidak bersedia untuk memasuki prasekolah. Hal ini menyebabkan kanak-kanak tersebut cenderung untuk berada di belakang dan agak ketinggalan. Kanak-kanak yang berada pada risiko sebegini tidak dapat belajar dengan baik di sekolah. Kanak-kanak yang bersedia dari segi mental untuk memasuki prasekolah sangat membantu mereka dalam akademik.

KOGNITIF

Dari aspek kognitif, pendidikan awal kanak-kanak itu penting kerana boleh meningkatkan prsetasi akademik di sekolah. Kanak-kanak secara semulajadinya mempunyai kepandaian dan kebijaksanaan yang tersendiri yang diperoleh daripada pengalaman melalui persekitaran mereka. Namun, kepandaian mereka bukan setakat di situ sahaja malah boleh diasah lagi melalui pendidikan prasekolah. Maka, dapat dilihat pendidikan awal akank-kanak itu sangat penting bagi mengukuhkan lagi kemahiran kognitif mereka.

Pendidikan awal kanak-kanak meliputi pelbagai kemahiran. Salah satunya adalah kemahiran bahasa dan matematik.

Bahasa

Pada usia prasekolah, kanak-akank terus menambah perkataan perkataan pada kelajuan yang luar biasa. Pada usia dua tahun setengah, perbendaharaan kata ialah kira-kira 600 perkataan, dan suku daripadanya merupakan kata kerja. ( Bates, et., 1994).

Pada usia 5 dan 6 tahun, jumlah perbendaharaan kata akan meningkat kepada 15000 perkataan. Ini merupakan peningkatan yang sangat mengagumkan sekitar 10 perkataan dalam sehari. Apakah yang menyumbang kepada kadar pembelajaran perkataan yang sangat hebat ini?

Penyelidik telah mendapati bahawa peralihan bahasa yang sangat bersejarah ini adalah kerana kanak-kanak akan mendapat perkataan baru pada umur 3 tahun. hasil daripada peralihan ini, kanak-kanak akan mula memberikan perhatian kepada perkataan dalam sesebuah kumpulan. Contohnya,  jenis-jenis buahan ataupun haiwan.

Dalam erti kata lain, kanak-kanak secara automatiknya akan memahami sifat mutlak suatu perkataan. Apabila peralihan tersebut berlaku, kanak-kanak akan secara automatiknya mentafsir input linguistik yang mereka terima daripada ibubapa, guru, rakan sebaya, buku, program rancangan televisyen, iklan dan dari mana-mana sumber lain untuk mengekstrak perkataan baru.

Asas Matematik

Kanak-kanak yang berumur 1-2 tahun ke atas sepatutnya didedahkan dengan kemahiran asas nombor memandangkan pada peringkat ini mereka mudah untuk mencerap sebarang maklumat yang berada di persekitaran mereka melalui penjelajahan dan pengalaman baru.

Penyelidikan oleh pakar-pakar di Amerika Syarikat mendapati bahawa kanak-kanak yang menerima pendedahan awal dalam asas nombor dan kemahiran mengira lebih cekap ‘menangkap’ konsep matematik tahap tinggi yang lain. Antara kemahiran asas matematik yang kanak-kanak biasanya sudah ketahui adalah seperti panjang 

Bagi kanak-kanak, matematik itu bukan sekadar permainan nombor, tetapi juga perbezaan yang dapat dilihat pada sesuatu benda. Contohnya, panjang-pendek. Sebenarnya, ibu bapa atau sesiapa  pun yang berada di sisi kanak-kanak tanpa disedari telah memberikan pengetahuan atau pengalaman  asas matematik. Misalnya, sebatang pensil. Ibu bapa mungkin akan cuba untuk menjelaskan kepada anak-anak mereka mana satu pensil yang lebih panjang dan pendek dan menyuruh kanak-kanak tersebut untuk menjawabnya. Dari situ dapat kita lihat asas matematik sentiasa diaplikasikan dalam persekitaran kanak-kanak tanpa disedari. Demikian juga dengan kanak-kanak, secara tidak langsung mereka telah menerima pembelajaran mengenai konsep asas matematik dan seterusnya menyimpannya ke dalam memori jangka panjang sekiranya sentiasa diamalkan. 

Contoh lain adalah konsep hubungan di antara ruang seperti di hadapan/belakang, dekat/jauh. Konsep ini sentiasa berada di persekitaran kanak-kanak dan mereka juga kadangkala akan menggunakannya dalam perbualan atau pertuturan seharian dengan ahli keluarga mahupun rakan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan