- Falsafah dan matlamat prasekolah
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
- Matlamat pendidikan prasekolah
Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.
- Objektif pendidikan prasekolah
Kurikulum Standard
Prasekolah Kebangsaan menyediakan
peluang kepada kanak-kanak berumur empat (4) hingga enam (6) tahun untuk
mencapai objektif dalam aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani
seperti berikut:
§1. Membina kecergasan badan.
§2. Mempunyai tubuh badan yang sihat.
§3. Mempraktikkan amalan kesihatan yang
baik.
§4. Mempraktikkan langkah-langkah menjaga
keselamatan diri.
§5. Menguasai kemahiran motor halus dan
asas motor kasar.
§6. Mempunyai kematangan emosi.
§7. Mempunyai konsep kendiri yang positif dan jati
diri.
§8. Berani menyuarakan pandangan dan perasaan.
§9. Berkebolehan berinteraksi dengan orang lain.
§10.Boleh bekerja secara bersendirian dan juga
bekerja secara berkumpulan.
§11. Menghormati perasaan serta hak orang lain
dan seterusnya membentuk perhubungan
yang positif dengan orang dewasa serta
rakan sebaya.
§12. Mengamalkan nilai murni.
§13. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam
kehidupan seharian untuk murid beragama
Islam.
§14. Berkomunikasi menggunakan Bahasa
Malaysia, Bahasa Inggeris dan bahasa
pengantar dalam konteks kehidupan harian.
§15. Meneroka persekitaran menggunakan kemahiran
proses sains asas.
§16. Menggunakan kemahiran matematik asas dalam
menjalankan tugasan harian dan menyelesaikan
masalah.
§17. Menggunakan kemahiran
berfikir kritis, kreatif
dan inovatif dalam pembelajaran dan
kehidupan
seharian.
§18. Mengembangkan daya kreatif dan estetika.
§19. Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan