Ahad, 7 April 2013

Perkembangan Prasekolah Di Malaysia


Isu-isu pendidikan prasekolah

Setiap agensi mempunyai matlamat, tanggapan, orientasi, keutamaan dan kemampuan orang yang berbeza-beza khasnya dalam penggunaan bahasa pengantar, kurikulum, latihan ikhtisas, kelayakan akademik cikgu, gaji guru, penempatan murid dan kemudahan seperti kemudahan asas.

Objektif juga berbeza bagi setiap agensi dan ditentukan oleh agensi yang mengendalikan prasekolah tersebut. Latihan guru dan pendekatan pengajaran juga ditentukan oleh agensi masing-masing. Antara pendekatan pengajaran yang terdapat di Malaysia adalah seperti Montessori, Glenn Doman, Science-based dan sebagainya.

Segala perbelanjaan guru seperti gaji huru adalah dibiayai oleh kerajaan  bagi prasekolah yang berada di bawah kerajaan, manakal wang untuk alatan pengajaran dan pembelajaran diambil daripada yuran prasekolah yang berbeza antara sekolah.

Lokasi prasekolah amat berbeza antara prasekolah yang berada di bandar dengan luar bandar. Prasekolah yang berada di bandar lebih memberikan penekanan  akademik manakala prasekolah di luar bandar lebih mengutamakan perkembangan sosial dan komuniti ( Saad 1979, Asiah 2001)


Ekoran daripada isu yang dinyatakan:


  • 18 Disember 1991 - Mesyuarat Jemaah Menteri dijalankan kemudiannya KPM telah melaksanakan program Prasekolah. 



  • 27 Januari 1992    - Berlangsungnya mesyuarat antara Kementerian  
                                    - Projek Pendidikan Prasekolah di 1070 buah sekolah (1131 buah kelas)            
                                      dan tiada peluasan (Prasekolah Annex)


  • Akta Pendidikan 1996 - Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan.
  • 6 Jun 2001                 - Mesyuarat Jemaah Menteri, Peluasan program Prasekolah KPM  

Jumaat, 5 April 2013

Ciri-ciri Program Head Start






  • Penglibatan ibu bapa
Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan pengurusan prasekolah.


  • Kesihatan
Program Head Start menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.

  • Pemakanan
Pusat program Head Start juga mengajar kanak-kanak cara-cara untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri.

  •  Pendidikan
Setiap kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.

  •  Perkhidmatan sosial
Program ini membantu keluarga berubah secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan.


        Jika dilihat ciri-ciri Head Start tersebut, Program Head Start sebenarnya mempunyai matlamatnya tersendiri. Program Head Start ini dapat kita simpulkan untuk menyediakan keperluan asas yang baik kepada kanak-kanak. Di samping itu, program ini diharapkan dapat menanam ciri dan kejayaan yang boleh meningkatkan lagi daya usaha dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Matlamat Head Start ini juga adalah untuk memperbaiki kebolehan kanak-kanak dan keluarga mereka dalam aspek perhubungan berasaskan kesihatan. Selain itu, untuk meningkatkan lagi kemahiran mental, konsep dan bahasa kanak-kanak.





Selasa, 2 April 2013

Sejarah Pendidikan Awal kanak-kanak sebelum merdeka / Zaman selepas merdeka


                                       Kronologi Sejarah Pendidikan awal kanak-kanak






Zaman Selepas Merdeka

Sekitar tahun 1960-an, pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat kesedaran dalam kalangan ibu bapa terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Sebuah revolusi telah berlaku pada tahun 1969 iaitu Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia telah menerima wang daripada Yayasan Asia untuk membina tadika yang mirip dengan projek 'Head Start' di Amerika Syarikat.

Perkembangan Prasekolah Luar Negara- Head Start

Prasekolah pertama di Amerika Syarikat telah didirikan pada tahun 1850 tetapi hanya kanak-kanak dari golongan berada sahaja yang diberikan tumpuan.

Kanak-kanak dari golongan miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan.

Untuk membantu kanak-kanak yang datang dari keluarga yang miskin dan mundur, program Head Start telah dirancang dan dikelolakan. Mereka ditempatkan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.









Agensi utama yang terlibat dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak


Antara Agensi yang terlibat secara langsung dalam Program Pendidikan Awal Kanak-kanak adalah:


  •  Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  •  KEMAS
  •  Kementerian Kemajuan Luar Bandar / Wilayah JPN / Integrasi Nasional di bawah Jabatan  Perdana Menteri
  •  Swasta

Statistik Jumlah Prasekolah mengikut agensi








What say Sir Christopher Ball 1994?






“Early childhood is the foundation on which children build the rest of their lives but it is not just a preparation for adolescence and adulthood; it has importance in itself.”

(Start Right – The Importance of Early Learning – by Sir Christopher Ball, 1994)