Selasa, 2 April 2013

Sejarah Pendidikan Awal kanak-kanak sebelum merdeka / Zaman selepas merdeka


                                       Kronologi Sejarah Pendidikan awal kanak-kanak






Zaman Selepas Merdeka

Sekitar tahun 1960-an, pendidikan awal kanak-kanak mula mendapat kesedaran dalam kalangan ibu bapa terutamanya mereka yang berasal daripada keluarga kurang berkemampuan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Sebuah revolusi telah berlaku pada tahun 1969 iaitu Pertubuhan Pekerja-pekerja Malaysia telah menerima wang daripada Yayasan Asia untuk membina tadika yang mirip dengan projek 'Head Start' di Amerika Syarikat.

Perkembangan Prasekolah Luar Negara- Head Start

Prasekolah pertama di Amerika Syarikat telah didirikan pada tahun 1850 tetapi hanya kanak-kanak dari golongan berada sahaja yang diberikan tumpuan.

Kanak-kanak dari golongan miskin terbiar dan tidak mendapat pendidikan.

Untuk membantu kanak-kanak yang datang dari keluarga yang miskin dan mundur, program Head Start telah dirancang dan dikelolakan. Mereka ditempatkan di satu kawasan dan diberi kemudahan pembelajaran.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan