- Penglibatan ibu bapa
Ibu bapa dilibatkan dalam pengajaran dan pembelajaran, perancangan program dan pengurusan prasekolah.
- Kesihatan
Program Head Start menyediakan program kesihatan yang meliputi perubatan, pergigian, kesihatan mental dan perkhidmatan makanan bagi kanak-kanak prasekolah.
- Pemakanan
Pusat program Head Start juga mengajar kanak-kanak cara-cara untuk menjaga kesihatan diri dan pentingnya memakan makanan yang sesuai dan cara menjaga gigi sendiri.
- Pendidikan
Setiap kanak-kanak menerima pelbagai pengalaman individu untuk memupuk perkembangan sosial, intelek, fizikal dan emosi.
- Perkhidmatan sosial
Program ini membantu keluarga berubah secara diri sendiri untuk meningkatkan kualiti kehidupan.
Jika dilihat ciri-ciri Head Start tersebut, Program Head Start sebenarnya mempunyai matlamatnya tersendiri. Program Head Start ini dapat kita simpulkan untuk menyediakan keperluan asas yang baik kepada kanak-kanak. Di samping itu, program ini diharapkan dapat menanam ciri dan kejayaan yang boleh meningkatkan lagi daya usaha dan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Matlamat Head Start ini juga adalah untuk memperbaiki kebolehan kanak-kanak dan keluarga mereka dalam aspek perhubungan berasaskan kesihatan. Selain itu, untuk meningkatkan lagi kemahiran mental, konsep dan bahasa kanak-kanak.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan